Wednesday, October 16, 2013

alhamdulilah kalau dapat..kalau tak dapat pun alhamdulilah jugakk..:)

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%

  1. Bonus 2 bulan kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia. Alasan Cuepacs : Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam apatah lagi selepas harga petrol naik  baru-baru ini.
  2. Elaun sara hidup RM300 untuk kakitangan kerajaan diselaraskan antara kawasan bandar dan luar bandar. Alasan Cuepacs : Juga alasan yang sama. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia yang mana kakitangan awam ramai yang terasa bebanannya. Apatah lagi, kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
  3. Imbuhan tetap perumahan naik mengikut gred. Alasan Cuepacs : Setelah 15 tahun, Imbuhan tetap perumahan masih diberikan pada kadar yang sama. Sedangkan ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan rendah dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah semakin melonjak tinggi sekarang ini. (contohnya perbandingan harga rumah VS gaji : DI SINI)
  4. Kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam turun 1% berbanding 4% sekarang ini. Alasan Cuepacs : Kenaikan harga rumah yang semakin tidak munasabah & membebankan kakitangan awam

nak baca selanjutnya di berita semasa ....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
pada aku kalau PM luluskan alhamdulilah..kalau tak dapat pun alhamdulilah jugak..sebab ye lah ini pun rezeki dari Allah jugak..bila Allah kata itu rezeki kita maka jadi lah rezeki kita.. kalau takde ..maka takde lah..Allah bagi rezeki dari segi lain pulak kan..
jangan kita tamak sangat..semua kita nak..
apa yang Allah beri itu pun sudah mencukupi..
yang penting rezeki itu halal disisi agama islam...

lagipun kalau kata dapat bonus dan kenaikan COLA ini alhamdulilah bagi orang-orang bawahan yang sememangnya gaji dah rendah..dapat lah tampung perbelanjaan anak-anak masuk sekolah awal tahun depan..

tak dapat pun takper..tak lah kenaikan barang secara mendadak...

ini aku baru dapat surat dari tadika qasrina....sejak minyak naik 20sen ini yuran naik rm20 tau..
semua tadika aku dengar kata nya naik yuran..
yang tadika swasta lah..
yang kerajaan aku tak tahu..
bila aku cakap gini mesti orang kata apasal tak sekolah kan anak kat tadika kerajaan ..
jawapan aku ::suka hati aku lah!!!..duit aku bukan duit korang..hahahahaha...booo...


No comments:

Post a Comment