Tuesday, September 10, 2013

Pelik ke kalau anak aku dua2 "perempuan"...??

susah tau bila tak peknen sibuk tanya bila nak peknen...
bila dah peknen ....sibuk tanya jantina apa...adoyaii...banyak betul mulut orang ini bertanya...
aku pun kepochi gak tapi beragak-agak lah..setiap kali bertembung asyik nak tanya jantina apa..
pe kejadahnya...!!
macam kes aku ini..orang sibuk tanya anak ko no dua anak apa ...aku jawab perempuan...
"eh perempuan lagi..oooo"...
ingatkan sampai situ je lah ..ada sambungan lagi ayat itu...
"eh dah 2 orang anak ko perempuan ek.."
sooooooooooooooo....ada masalah ke bagi ko...(cakap dalam hati je)..
sambung lagi itu ayat itu..
"ko tak nak anak lelaki ke"..eh...eh..kena jugak kang lipat dengan aku dia ni..
ingat aku leh pilih2 ke jantina baby ini...
sabar-sabar..jatuh susuk aku nanti bila marah- marah ini kang...
aku jawab balik takpelah ramai perempuan..aku terima menantu lelaki je nanti..
asyik terima duit hantaran je nanti..
tapi bersyukur anak2 perempuan aku sihat2 belaka...
nak mengandung kan dorang pun xde masalah yang serius..semua Allah permudahkan..
bagi aku Allah bagi aku mengandung itu dah cukup bahagia buat aku...
jantina itu Allah jugak tetapkan..siapa kita Hamba yang hina ini nak meminta-minta sedangkan amal ibadat kita pun tidak mampu menandingi kurniaan Dia pada kita...

dalam family aku ramai perempuan...so aku rasa bahagia ramai nya perempuan dalam family aku..
sebab anak - anak perempuan amat menyenangkan hati berbanding anak - anak lelaki ini...ini pendapat aku..

so please ye jangan banyak sangat tanya...penat lah nak jawab..hahaha...

kami adalah perempuan, wanita dan ibu..
ibu love u so much Qasrina n Qaliesya..

No comments:

Post a Comment