Thursday, July 18, 2013

Harap bertabah hati ye Dayana...

Takdir..
nak salahkan takdir..tak boleh..

tapi kalau korang tanya lah kat semua isteri kat malaysia ini...or kat dunia ini...
sanggup tak diri isteri ini dimadukan dengan seorang perempuan yang lain...
aku rasa tiada seorang isteri pun nak dimadukan...tiada seorang pun yang sanggup..kalau pun si isteri ini sanggup mesti sekelumit dalam hati tetap tak nak..mesti ada rasa tak nak dimadukan..walaupun sekelumit...

ini yang terjadi kat Dayana..dia redha tapi dia kata kalau boleh elakkan..
"ELAKKAN"..
maknanya dalam hati dia tak nak..
tak nak berkongsi..
tak nak dimadukan..
tapi kita sebagai manusia tidak tahu perancangan Allah itu..
mungkin ini yang terbaik...

aku wanita faham hati wanita Dayana...
sapa yang suka dimadukan..
aku sendiri kalau suami aku nak kahwin lain aku lebih rela dilepaskan...
sebabnya sanggup ke tengok suami sendiri peluk isteri yang lain depan mata korang..
lepas itu badan suami itu..aishhh..dah orang lain kongsi jugak...aishh..susah aku nak gambarkan perasaan sedih itu..
lepas itu alasan tiada zuriat..ingat isteri ini apa..
ingat isteri tak nak ke zuriat sendiri...
isteri pun nak tetapi usaha mesti dari suami juga..
jangan lah jadi kan alasan kahwin lain kerana zuriat...
menjadikan isteri ini macam insan tak berguna je..bila sayang cari isteri...bila tak sayang buat alasan zuriat...

dah itu bab adil ini pun lum tentu boleh adil...
satu-satu nya insan yang paling adil adalah Rasullah S.A.W ...
Baginda je yang betul-betul berlaku adil terhadap isteri-isteri dia..
baginda bertanggungjawab terhadap isteri-isteri...
baginda berkahwin dengan "JANDA" bukan dengan anak dara..
boleh kira je berapa orang anak dara yang baginda kahwini..
tetapi lelaki sekarang...semua nya nak kahwin anak dara...termasuklah ustaz glamer itu...oppsss...

Lelaki kalau bagi sebab nak kahwin lain sibuk nak ikut Rasullah...
tetapi..
perangai dan amalan Rasullah tak pulak nak ikut...

aku agak emosi sebab aku rasa sedih..aku juga pernah rasa begini..dibanding beza dengan pempuan lain..
seolah-olah wanita ini tak de nilai di sisi seorang lelaki...

harap Dayana bertabah hati..
ini dugaan buat Dayana..
apa sekalipun ingat Allah sentiasa..
insyallah apabila kita sudah redha maka luka dihati kita akan semakin beransur pulih ...
"Sesungguhnya Allah menguji Hambanya yang mampu diuji"..





No comments:

Post a Comment