Tuesday, October 30, 2012

hati tak bahagia jugak kan...

siapa yang peminat blog kak neena anuar mesti tahu kan kisah dia keguguran setelah menunggu cahayamata begitu lama...
tapi kan aku tengok dia bahagia je walaupun tiada anak...suami dia sangat menyayangi dia...terpancar dari muka kak neena itu dia bahagia dengan kehidupan dia...dapat suami yang sangat memahami..

terus terang aku katakan hidup aku tak sebahagia dia...
walaupun aku ada anak..
bukan aku merungut tapi percayalah...
tak semestinya bila kita ada anak hidup kita akan sempurna...
tak ok!!
tak semestinya...
anak ini amanah dari Allah..
kalau kita tak jaga dengan elok amanah Allah ini maka gagal lah hidup kita...

aku tengok dia bahagia..dapat bercuti ke sana sini tanpa tekanan..
suami memahami keinginan dia walaupun sudah bertahun kahwin..
bukan senang nak cari suami yang memahami kehendak kita..
dan yang paling penting suami dia seorang yang setia..
setia pada cinta..setia pada seorang..
seorang yang tahu bersyukur..

kalau lelaki lain mungkin tidak sesetia itu ..
ada lelaki masih mencari perempuan lain walaupun isteri sudah bergadai nyawa 
melahirkan anak buat suami nya...
nampak tak sekarang ini...

susah nak mencari suami yang memahami hidup isteri yang sudah bertahun dikahwini nya...
sangat susah...

dan tak semestinya ada anak hati akan bahagia untuk selamanya..
hati tetap tak bahagia jugak kan..
tetap gelisah...


No comments:

Post a Comment