Thursday, March 1, 2012

perbezaan bercinta dan berkahwin..

aku sekarang ini dah rasa benor banyak dah perkara berbeza...contohnya kan:-

1. Masa bercinta :- naik motor ke kereta ker mesti borak macam2...dari citer sebulan lepas hingga lah yang terkini aku cerita kat dia...padahal naik motor itu...terjerit2 macam orang gila bila borak itu sebab tak dengar...dengar desupan angin je lebih..

Dah kahwin : - Dia tanya nak pergi mana ini...aku rilek je jawab.."Tesco je lah"...huahuahuahua...pastu sunyi sepi je dalam kereta ...macam naik kereta mayat je...nasib ada radio..akhirnya anak aku yang membebel lebih2...hahaha..

2. Masa bercinta :- sanggup mesej dan call sampai tak tido...sedar2 jer dah dengar bunyi dengkur..hahahaha....satu sms pun tak missed nak balas..bila ada missed call je terus call balik...tak sabar2 nak dengar suara yang tersayang...huahuahua...

Dah kahwin : - dapat sms dari si dia pagi...petang baru nak jawab ...itu pun kalau nak jawab ..kadang-kadang terlupa terus dia ada sms..hahaha...bila missed call pun tak tepon pun balik...sebab tetibe jadi malas nak tepon balik..kahkahkahkah...

3.  Masa bercinta :- semua tempat wayang dan shopping kat seluruh Malaysia ini diterokai dan dilawati..hahaha...sebab seronok dating ini...dapat tengok muka dan gelagat tersayang..hahahaha...konon tak puas lah tengok muka kan..hahahaha...

Dah kahwin : - duduk rumah sahaja walaupun cuti hari minggu ...sedihkan...boleh kira berapa kali je pergi jalan2 selebihnya habiskan waktu dekat rumah jer....huhuhu...basuh baju...kemas rumah..settlekan anak...huhuhu lagii....

aku rasa banyak lagi lah perbezaan nya...entah2 ada yang lagi teruk...aku ini pun rasa macam dah teruk je..tapi tak tahulah kan...yang orang lain mungkin ada yang berbeza sama je perangai laki dorang kan...tak de perangai2 macam ini...siapa yang tak de perangai macam bertuah lah anda yer...hahahaha

No comments:

Post a Comment