Monday, December 12, 2011

hari jumaat lepas yang sedih...

kadang-kadang dalam hidup ini terlalu banyak masalah....apabila dihimpunkan boleh gila memikirkan...tanpa disedari airmata mengalir menandakan ketidakpuasan...aku dikelilingi manusia yang bermuka-muka...sampai aku sendiri tak kenal mana kawan dan mana lawan...akhinya mencurah-curah air galian masin di mata aku ini....tak pe sekurang-kurang bila diuji ....aku rasa dekat dengan Allah s.w.t....sebab tahu diri ini tidak sesempurna mana....kalau tak terjadi perkara begini...mungkin aku tak tahu siapa kawan siapa lawan...akhirnya aku jadi..sendiri di tempat kerja...menjadi perahsia...seolah-olah berada dalam dunia sendiri...apabila disoal baru jawab..tidak disoal atau diajak bergurau..mungkin membisu..itu lebih baik kan...dari bercakap tapi orang membawa mulut ke atas apa yang aku katakan ...tiada guna juga...baik berdiam diri...cukuplah dunia manis ku bersama-sama anak dan suami...dan bekerja sebaik mungkin...orang selalu menfitnah ini biarlah dia dan dunia dia....tidak payahlah berbuat baik dengan rakan sekerja....mereka semua tidak boleh dipercayai...lebih baik berkawan orang luar dari kawan sekerja...

Pengalaman aku pada jumaat lepas ...banyak mengajar aku supaya jangan percayakan kawan sekerja...dalam sekelip mata ....perkara yang kecil boleh jadi fitnah...sungguh luarbiasa kan...manusia mencipta ayat sehingga menjadi fitnah....nauzubillah...sehingga aku glamer seketika kerana si pembawa cerita mengatakan aku sound sebuah bahagian...sedangkan itu tidak benar...bodohlah aku nak sound bahagian tidak tentu pasal....ingat aku big boss ke...aku tak sebodoh itu lagi walaupun aku hanya seorang kerani...aku tak nak menuduh...tapi aku ada mata dan telinga seseorang yang disyaki ....mungkin benar atau tidak itu hanya Allah s.w.t yang mengetahui hati budi seseorang...aku juga manusia..siapa aku untuk mengadili seseorang itu kan...

Moga Allah s.w.t ikhlaskan hati aku pada hari isnin ini dan pada hari seterusnya .....kerana aku mencari rezeki untuk disuapkan kepada mulut ku dan anak ku....kepada mulut umi dan abah aku....yang akan menjadi darah daging mereka...semoga segala diberkati...walaupun hati masih membengkak sedih....

No comments:

Post a Comment